Kelas 9B (sp)
Kelas ini adalah kelas pertama saya masuk. Pada hari ini cikgu ini mengajarkan 'Ayat biasa dan Ayat Songsang' di antara langkah-langkah pengajarannya ialah:
1.Set induksi: Guru telah bertanya kepada pelajar apakah yang mereka pelajari pada hari yang lalu, maka pelajar pun menyatakan bahawa mereka telah mengajar karangan jenis syarahan. sete;ah sahaja guru bertanya. Guru pun menulis satu ayat iaitu mengenai ayat songsang. Guru bertanya kepada pelajar apakah yang dapat mereka lihat dan apakah ayat ini ayat songsang?
2.Stelah murid menjawap, guru pun memberikan penerangan mengenai ayat yang telah ditulisnya pada papan putih tersebut. Di samping itu, guur juga memberikan nota pelajaran pada pelajar.
3. Selesai sahaja menerangkan, guru menagdakan aktiviti perbincangan, dimana guru memberikan beberapa kumpulan dan mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti adakah ayat yang diberikan songsang atau tidak. Bukan itu sahaja, murid juga diarahkan untuk membina ayat biasa kepada ayat songsang.
4.Murid diberikan beberapa minit untuk berbincang, setelah itu guru membincangkan jawapan kumpulan amsing-masing. Guru juga membetulakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
5.Selesai sahaja melakukan akiviti, guru menerangkan kembali akan isi pelajaran 'Ayat Songsang dan Ayat Biasa'.
Bahan: Guru ini ada menggunakan bahan iaitu kad case untuk melakukan aktiviti, disamping memberikan nota edaran untuk kemudahan pelajar agar dapat memahami isi pelajaran.
Suara: suara guru amat lantang dan mudah untuk difahami dan begitu jelas apabila memberikan arahan semasa melakukan aktiviti.
*kawalan bilik darjah dapat dikawal oleh guru tersebut*
Kelas 9A (p)
kelas ini adalah kelas kedua yang telah saya cerap, pada kali ini guru berkenaan mengajarkan,'Perumpamaan (Peribahasa)'
1.Sebelum memulakan pengajaran, guru ini bertanya kepada pelajar apakah yang mereka ketahui mengenai perumpamaan? setelah tindak balas diberikan oleh pelajar didapati pelajar-pelajar tersebut mengetahui akan pelajaran pada hari tersebut.
2.Setelah itu guru tersebut membahagikan keada beberapa kumpulan dan mengadakan aktiviti berkumpulan. pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Guru akan menuliskan perumpamaan pada papan putih, kesemuanya ialah 12 perumpamaan. setiap kumpulan dikehendaki menjawapan perumpamaan yang telah ditulis oleh guru tersebut. Settiap kumpulan diarahkan untuk memberikan erti bagi setiap perumpaaan. Setiap kumpulan diberikan beberapa minit untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
4.Setelah selesai melakukan aktiviti guru kelas membincangkan jawapan-jawapan setiap kumpulan. Dan membetulkan mana-mana kumpulan yang melakukan kesalahan.
Suara guru memang memuaskan, kawalan kelas juga dapat dilakukan dengan baik.
Kelas 9C (p)
Kelas ini pula tidak banyak melakukan pengajaran, Guru kelas hanya membicangkan bagaimana mejawap kertas soalan peperiksaan mengenai peribahasa dengan betul dan tepat. Guru memberikan nota edaran dan beberapa latihan dalam kelas kepada pelajar.
Kelas 9E(p) (saya telah menganti kelas ini kerana guru kelas tersebut sakit)
Kelas ini adalah kelas yang dikenali dengan gauknya, pada mulanya memanglah saya berasa takut namun begitu saya mestilah berani untuk tampil kehadapan sebagai seorang guru.hehehe.Pada mulanya saya bercadang hendak mengajarkan 'kata antonim kepada kelas ini' Saya mecuba terlebih dahulu dengan memulakan pengajaran yang bersepadu iaitu menggunakan bahan sastera dalam pengajaran ini. Saya telah membaca serangkap pantun kepada pelajar dan mengarahkan mereka untuk mengenalpasti kata antonim yang terdapat di dalamnya. Namun saya amat kecewa sedikit kerana hanya seorang pelajar perempuan yang hanya menjawap soalan saya tersebut. Saya akui saya belumlah mahir dalam mengajar, saya tidak dapat mengawal kelas pada hari itu, kerana kelas tersebut terlalu bising dan saya pun 'gve up' dan mengarahkan pelajar untuk membuat kerja masing-masing.
*Saya amat kecewa dengan pengajaran saya pada hari tersebut dan saya akan lebih berusaha lagi jika diberikan peluang pada masa akan datang*
secara keseluruhan pengajaran guru-guru disini adalah sederhana dan boleh menjalankan tanggungjawap dengan baik sekali.
BalasPadam