Saya telah melakukan pencerapan dengan dua orang guru lelaki iaitu kelas 7C dan kelas 8E:
Kelas 7C
Saya telah membuat pencerapan pada period awal sekali iaitu 1& 2, guru ini mengajarkan 'kata Hubung' sebelum memulakan pengajaran guru kelas terlebih dahulu bertanya apakah yang telah mereka pelajari pada tempoh lalu. setelah itu barulah guru tersebut memulakan pengajaran.
1. Guru terlebih dahulu memberikan nota kata hubung dan menerangkan kata hubung dengan satu persatu dan penerangan guru tersebut amatlah jelas disertakan dengan contoh.
2.Guru ini, banyak memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan kata hubung yang diajarkan supaya pelajar faham akan pelajaran yang diajarkan. Bukan itu sahaja, guru ini juga bertanya adalah mereka faham tentang apa yang dipelajari.
3. Setelah selesai menerangkan, guru tersebut memberikan latihan dalam kelas dan mnegarahkan pelajar untuk membuat latihan tersebut pada waktu itu juga. Selesai sahaja membuat latihan guru tersebut berbincang sesama pelajar akan jawapan yang telah mereka buat dan diarahkan pelajar untuk membetulkan jawapan mereka.
Perkara yang paling saya kagum dengan guru ini adalah guru ini menggunakan bahasa Melayu baku sepanjang pengajaran.
kelas 8E
Kelas ini saya hadiri selepas kelas 7C, guru ini pula mengajarkan 'surat Rasmi'
1. Guru terlebih dahulu bertanya kepada pelajar apa yang telah mereka pelajari tempoh lalu, dimana pelajar-pelajar kelas ini telah mempelajari Surat Tidak Rasmi pada tempoh lalu.
2. Setelah itu, guru memberikan nota kepada pelajar mengenai format 'Surat Rasmi'
3. Guru kelas menerangkan satu-persatu mengenai format surat Rasmi ini, dengan contoh-contoh yang bersesuaian.
4. selesai sahaja guru kelas menerangkan semua format, guru mengulang kembali akan format surat Rasmi berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan