Rabu, 26 Mei 2010

Sibuk Dengan Relief

Hari ini, 27/05/2010 (Khamis) saya amat sibuk dengan mengganti guru-guru yang tidak dapat hadir kerana ada hal tertentu, saya telah mengganti kelas 8E, 5D dan 5C. Pada Hari ini juga saya amat keletihan dan kurang sihat. Ini juga menyebabkan mud saya menjadi marah.
Pada Kelas 8E, senang saya kawal kerana mereka begitu peramah dan semua mereka juga melakukan kerja masing-masing, di bandingkan dengan Kelas 5D, saya begitu PEMARAH kerana pelajar lelaki bermain 'Daun' padahal saya mengarahkan mereka membuat kerja masing-masing. Sehinggalah ketiga kali saya menegur saya amat marah dengan berkata
"JANGAN KAMU KAN MAIN DAUN TAH PULANG, CIKGU AMBIL KARANG KAD ATU!"ASTAH JANGAN CABAR CIGU!' dengan perasaan dan nada yang marah barulah mereka berhenti bermain.
Begitu juga dengan Kelas 5C, kelas ini mudah untuk dijaga dan dikawal, namun ada dikalangan pelajar perempuan yang bermain daun, tetapi saya melarang dengan teguran yang lembut.
"Jangan Main Daun, Inda cikgu suka, buat keraja lain boleh?"
*Ahir-ahir ini saya menjadi cikgu yang pemarah dan tegas, sampaikan senyum pun saya sukar kepada pelajar kerana bertambah saya baik bertambah naik KEPALA CIA PLG, ikutlah kepada pelajar-pelajar yang bersopan santun dan hormat kepada saya*
*Pikirnya saya ini lembut lembut kali, jangan harap... saya akan bertambah tegas kepada mereka jika mereka tidak hormat kepada saya* PlZlah..
nantikan cerita saya...

Isnin, 24 Mei 2010

Rakan-Rakan Saya Sibuk Dengan Hal Masing-Masing








Saya pula sibuk dengan relief apa..




Lili Sibuk dengan Geonya







Yatiz sibuk dengan sajak Cermin Diri



Happy Bini-bini ane..huhuhu..



Datul Sibuk dengan Math










Pada 24 mei 2010 (Isnin)

Saya telah melakukan pencerapan dengan dua orang guru lelaki iaitu kelas 7C dan kelas 8E:

Kelas 7C
Saya telah membuat pencerapan pada period awal sekali iaitu 1& 2, guru ini mengajarkan 'kata Hubung' sebelum memulakan pengajaran guru kelas terlebih dahulu bertanya apakah yang telah mereka pelajari pada tempoh lalu. setelah itu barulah guru tersebut memulakan pengajaran.

1. Guru terlebih dahulu memberikan nota kata hubung dan menerangkan kata hubung dengan satu persatu dan penerangan guru tersebut amatlah jelas disertakan dengan contoh.

2.Guru ini, banyak memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan kata hubung yang diajarkan supaya pelajar faham akan pelajaran yang diajarkan. Bukan itu sahaja, guru ini juga bertanya adalah mereka faham tentang apa yang dipelajari.

3. Setelah selesai menerangkan, guru tersebut memberikan latihan dalam kelas dan mnegarahkan pelajar untuk membuat latihan tersebut pada waktu itu juga. Selesai sahaja membuat latihan guru tersebut berbincang sesama pelajar akan jawapan yang telah mereka buat dan diarahkan pelajar untuk membetulkan jawapan mereka.

Perkara yang paling saya kagum dengan guru ini adalah guru ini menggunakan bahasa Melayu baku sepanjang pengajaran.

kelas 8E
Kelas ini saya hadiri selepas kelas 7C, guru ini pula mengajarkan 'surat Rasmi'

1. Guru terlebih dahulu bertanya kepada pelajar apa yang telah mereka pelajari tempoh lalu, dimana pelajar-pelajar kelas ini telah mempelajari Surat Tidak Rasmi pada tempoh lalu.

2. Setelah itu, guru memberikan nota kepada pelajar mengenai format 'Surat Rasmi'

3. Guru kelas menerangkan satu-persatu mengenai format surat Rasmi ini, dengan contoh-contoh yang bersesuaian.

4. selesai sahaja guru kelas menerangkan semua format, guru mengulang kembali akan format surat Rasmi berkenaan.

Pencerapan Seminggu (17/05 hingga 24/05)

Kelas 9B (sp)
Kelas ini adalah kelas pertama saya masuk. Pada hari ini cikgu ini mengajarkan 'Ayat biasa dan Ayat Songsang' di antara langkah-langkah pengajarannya ialah:
1.Set induksi: Guru telah bertanya kepada pelajar apakah yang mereka pelajari pada hari yang lalu, maka pelajar pun menyatakan bahawa mereka telah mengajar karangan jenis syarahan. sete;ah sahaja guru bertanya. Guru pun menulis satu ayat iaitu mengenai ayat songsang. Guru bertanya kepada pelajar apakah yang dapat mereka lihat dan apakah ayat ini ayat songsang?
2.Stelah murid menjawap, guru pun memberikan penerangan mengenai ayat yang telah ditulisnya pada papan putih tersebut. Di samping itu, guur juga memberikan nota pelajaran pada pelajar.
3. Selesai sahaja menerangkan, guru menagdakan aktiviti perbincangan, dimana guru memberikan beberapa kumpulan dan mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti adakah ayat yang diberikan songsang atau tidak. Bukan itu sahaja, murid juga diarahkan untuk membina ayat biasa kepada ayat songsang.
4.Murid diberikan beberapa minit untuk berbincang, setelah itu guru membincangkan jawapan kumpulan amsing-masing. Guru juga membetulakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
5.Selesai sahaja melakukan akiviti, guru menerangkan kembali akan isi pelajaran 'Ayat Songsang dan Ayat Biasa'.
Bahan: Guru ini ada menggunakan bahan iaitu kad case untuk melakukan aktiviti, disamping memberikan nota edaran untuk kemudahan pelajar agar dapat memahami isi pelajaran.
Suara: suara guru amat lantang dan mudah untuk difahami dan begitu jelas apabila memberikan arahan semasa melakukan aktiviti.
*kawalan bilik darjah dapat dikawal oleh guru tersebut*
Kelas 9A (p)
kelas ini adalah kelas kedua yang telah saya cerap, pada kali ini guru berkenaan mengajarkan,'Perumpamaan (Peribahasa)'
1.Sebelum memulakan pengajaran, guru ini bertanya kepada pelajar apakah yang mereka ketahui mengenai perumpamaan? setelah tindak balas diberikan oleh pelajar didapati pelajar-pelajar tersebut mengetahui akan pelajaran pada hari tersebut.
2.Setelah itu guru tersebut membahagikan keada beberapa kumpulan dan mengadakan aktiviti berkumpulan. pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Guru akan menuliskan perumpamaan pada papan putih, kesemuanya ialah 12 perumpamaan. setiap kumpulan dikehendaki menjawapan perumpamaan yang telah ditulis oleh guru tersebut. Settiap kumpulan diarahkan untuk memberikan erti bagi setiap perumpaaan. Setiap kumpulan diberikan beberapa minit untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
4.Setelah selesai melakukan aktiviti guru kelas membincangkan jawapan-jawapan setiap kumpulan. Dan membetulkan mana-mana kumpulan yang melakukan kesalahan.
Suara guru memang memuaskan, kawalan kelas juga dapat dilakukan dengan baik.
Kelas 9C (p)
Kelas ini pula tidak banyak melakukan pengajaran, Guru kelas hanya membicangkan bagaimana mejawap kertas soalan peperiksaan mengenai peribahasa dengan betul dan tepat. Guru memberikan nota edaran dan beberapa latihan dalam kelas kepada pelajar.
Kelas 9E(p) (saya telah menganti kelas ini kerana guru kelas tersebut sakit)
Kelas ini adalah kelas yang dikenali dengan gauknya, pada mulanya memanglah saya berasa takut namun begitu saya mestilah berani untuk tampil kehadapan sebagai seorang guru.hehehe.Pada mulanya saya bercadang hendak mengajarkan 'kata antonim kepada kelas ini' Saya mecuba terlebih dahulu dengan memulakan pengajaran yang bersepadu iaitu menggunakan bahan sastera dalam pengajaran ini. Saya telah membaca serangkap pantun kepada pelajar dan mengarahkan mereka untuk mengenalpasti kata antonim yang terdapat di dalamnya. Namun saya amat kecewa sedikit kerana hanya seorang pelajar perempuan yang hanya menjawap soalan saya tersebut. Saya akui saya belumlah mahir dalam mengajar, saya tidak dapat mengawal kelas pada hari itu, kerana kelas tersebut terlalu bising dan saya pun 'gve up' dan mengarahkan pelajar untuk membuat kerja masing-masing.
*Saya amat kecewa dengan pengajaran saya pada hari tersebut dan saya akan lebih berusaha lagi jika diberikan peluang pada masa akan datang*

Ahad, 23 Mei 2010

Semasa Kami makan







Libry Sekolah Menengah Serasa





Selesai sahaja 'Green Day' tersebut kami bercadang untuk perpustakaan di sekolah tersebut untuk mencari bahan-bahan bagi pengajaran rakan-rakan saya

Acara Menanam Bunga & Mencantikan Sekolah

Lakonan Drama Yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut


penerangan betapa pentingnya tumbuh-tumbuhan kepada kita





kertas acara yang telah diberikan



*Sepatutnya aktiviti menanam bunga diadakan pada sebelah pagi iaitu 10 pagi namun disebabkan hujan, aktiviti ini telah ditundakan*




Semasa Di Staff Room (Bersantai Bersama-sama Guru-guru lain)

Keadaan Staff guru-guru sekolah berkenaan, memang sibuk dengan memberi markah dan sebagainya

Bergambar dengan guru-guru Math dan guru Bahasa Melayu



Bergambar-gambar dengan rakan-rakan TA & TP



Suasana Sekolah menengah Serasa








Keadaan Semasa Rehat

Gambar-gambar Minggu Pertama












Hari Kedua menunggu kan rehat, huhu..















Hari Pertama Kami Kesekolah Menengah Serasa








Sabtu, 22 Mei 2010

Semasa Di Dewan Sekolah































Keadaan Masa itu amat bising dan hingar, Ini adalah kami bersama guru-guru lain, saya dan rakan saya menunggu acara untuk bermula.

Seminggu Berada Di Sekolah








Gambar-gambar semasa menghadiri Bengkal pada sebelah petang Hari Rabu


Pada 17 Mei 2010 (Isnin)

Saya datang kesekolah pada jam 6.30 pagi, saya menunggu rakan-rakan saya datang kesekolah, pada hari itu juga saya dan rakan saya Datul, Lili dan Yatiz menunggu pengetua dan timbalan pengetua. kami telah menyatakan tujunan kami adalah untuk melakukan TA dan TP disana. Pengetua dan timbalan Pengetua telah menyatakan beberapa perkara kepada kami iaitu:

1. Menyatakan LOgo sekolah mereka,
2. Akan sentiasa menegur guru-guru dengan salam dan memberikan senyuman,
3.Menyatakan tentang MIB,
4.Tanggungjawap kami sebagai seorang bakal guru dimasa akan datang,
5.Memberikan penerangan tentang keyakinan sebagai seorang guru,
6. Memberikan penjelasan tentang SPN21.

Di samping itu juga, pengetua dan Timbalan pengetua memberikan kami Timetable dan memberikan nama-nama guru CT kami. Di sini adalah nama rakan-rakan saya yang mengambil bahagian dalam TP

1.Datul +mengajar Math+ CT +Tr Twe+
2.Lili +mengajar goegraphy+CT+ Zainab+
3.Yatiz+ mengajar Sastera+ CT+ Norijah+
4.Rosmah (saya sendiri) +pembantu guru Bahasa Melayu+Norijah+

selesai sahaja, kami semua dikehendaki untuk menunggu di perpustakaan sekolah tersebut kerana kami tidak belum mempunyai tempat kami sendiri. Disebabkan saya dan rakan saya tidak mengenali guru CT kami maka kami pun bercadang untuk mencari guru CT kami untuk tidak membuang masa.






Pada 18 Mei 2010 (Selasa)

Pada hari beikutnya, saya bersama rakan saya telah diperkenalkan oleh pengetua kepada semua guru-guru di sekolah itu. Memang saya terasa gementar dan takut pada haru tersebut. Kami diperkenalkan oleh guru besar pada jam 7.15 ini adalah perbincangan biasa iaitu perbicangan mengenai masalah yang timbul seperti pengetua ada menyatakan tentang 'isu mengeluarkan pelajar awal sebelum 12.30' bukan itu sahaja terdapat salah seorang pelajar bapanya meninggal dunia dan kutipan derma juga telah diadakan'

Pada hari ini juga saya telah membuat pencerapan kelas 9B (sp), bercerita tentang pencerapan saya akan bercerita kemudian. saya akan menerangkan semua pencerapan pada bahagian lain.






Pada 19 mei 2010 (Rabu)


Seperti biasa saya datang kesekolah awal sebelum 7 pagi, pada hari ini juga saya ada membuat pencerapan dengan kelas 9A (p). Pada hari ini, saya dan rakan saya telah disediakan tempat kami sendiri. Saya Menerasa selesa dengan tempat kami kerana tempat kami berhampiran dengan guru-guru CT kami. Saya juga ada bertanya beberapa perkara kepada cT saya mengenai bahasa Melayu di antara soalan nya ialah:

1. Apakah tajuk yang diajarkan pada masa ini,
2.Adakah aktiviti bermain juga diadakan,
3.Bagaimana cT saya mengawal kelas yang gauk dan susah untuk dikawal,
4.Saya juga ada melihat persediaan mengajar Cikgu CT saya.


Bukan itu sahaja, pada sebelah petang, pihak sekolah telah mengadakan bengkel 'The School Leadership Program' bengkel ini adalah bengkel untuk guru-guru, bengkel diadakan setiap hari Rabu. Saya telah mengikuti bengkel ini. Bengkal ini juga berkaitan dengan SPN21, terdapat aktiviti di dalamnya, memang menyeronokkan, penggunaan bahasa Inggeris digunakan dalam bengekal ini, tetapi saya amat merasa takut kerana saya hanya fasih berbahasa melayu, takut 'DI TERTAWAKAN' hehehe..akan tetapi saya 'enjoy' dengan akitivit yang disediakan. Umpamanya:

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan,

1. Aktiviti menceritakan kisah hidup seorang guru tersebut, aktiviti ini mengarahkan wakil bagi setiap kumpulan untuk membentangkan kisah hidup mereka.

2. Kami juga ada membuat cadangan mengenai projek kami sendiri iaitu 'The value of Respec', Projek ini adalah projek cadangan kami untuk pelajar. Bagaimana pelajar boleh mengaplikasikan Hormat-menghormati ini dalam kehidupan.
3.Aktiviti temuduga sesama guru "Apakah kefahaman mereka tentang SPN21"

'To Pa takut bah saya dengan aktivitinya ne, takut saya yang diarahkan untuk membentangkan kisah hidup saya' ;p

"Namun begitu, terus terang saya katakan semasa aktiviti ini dijalankan saya memeng mengantuk dan kan tidur disebabkan keletihan"




Pada 20 mei 2010 (Khamis)



seperti biasa saya membuat menganti guru dan mengajar kelas ini iaitu kelas 9E (p),kelas ini diberikan oleh guru HOD kepada saya kerana memandangkan saya tidak ada apa-apakan dilakukan jadi saya diarahkan untuk mengajar atau menganti sahaja. Pada hari ini juga saya menemankan rakan saya Yatiz untuk mengajar pada kelas 9D (sp), rakan saya mengajarkan hikayat Hang tuah pada waktu itu. Pada hari ini saya banyak membuat pencerapan dan menganti guru mengajar kerana terdapat guru MC dengan 'mendadak' atau 'Magik' hehehe..Dua rakan saya Datul dan Lili pula banyak membuat pencerapan sama seperti saya sendiri.

Bold






Pada 22 mei 2010 (Sabtu)



Pada hari ini, saya dan rakan saya telah diarahkan untuk memakai baju kurung berwarna hijau kerana pada hari ini pihak sekolah mengadakan 'kempen menanam bunga' bukan itu pihak sekolah juga mengadakan assembley pada hari tersebut pada jam 10 pagi. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan aktiviti menanam bunga di tunda. Pada hari ini, semua pelajar-pelajar diarakan untuk berkumpul di dewan dan terdapat beberapa persembahan yang telah saya saksikan antara persembahan yang saya suka ialah persembahan lakonan dan nyanyian. Ada diantara pelajar telah mengkuti persembahan nyanyian 'WE Are Dworld' Saya Sediri juga ikut menyanyi dan terhibur begitu juga dengan rakan-rakan saya.

Tujuan assembley ini diadakan ialah:
1. menjaga kebersihan alam sekitar,
2.jangan menghancurkan dan menebang pokok-pokok sesuka hati,
3.Jagalah alam kita sebaiknya kerana ia adalah sebahagian daripada kita sendiri dan kita amat memerlukannya.
4.mencantikkan sekolah dengan bunga-bunga.




Jumaat, 21 Mei 2010

Pertama Kali Datang Kesekolah

Pertama kali datang Kesekolah, memang Gementar n menakutkan, datang lagi 6.30 tu, macam-macam perasaan ada, takut ada, gementar ada, semua ada, kan menangis ada, semualah, menunggu 3 orang kawan saya iaitu Datul, Yatiz, dan Lili.

Durang semua mengajar goe, math dan sastera.Durang kan mengajar dalam 2 bulan, p alum plg start, durang ok lah sal ada pengalaman mengajar sudah pasal durang ada mengajar kelas tution..

Pasal saya nantikan aa..hehehe..

Rabu, 12 Mei 2010

Barang-barang yang akan dibawa semasa TA

barang-barangnya ialah:
1.Beg
2.Wallet
3.Buku Catatan
4.Gula-gula
5.mobile of cos sentiasa
6.dan lain-lain lagi

Isnin, 10 Mei 2010

Memperkenalkan Blog TA


Memperkenalkan saya bernama Rosmah Bte Ambong
Berumur 23 tahun,
Masih Belajar,
Bersekolah di Universiti Brunei Darussalam,
Dalam Tahun 3, Sarjana Muda Pendidikan,
Lihatlah Blog ku
www.puterivsdy.blogspot.com